Apakah sebenarnya perniagaan internet?
Perniagaan internet melibatkan penjualan produk atau pun perkhidmatan. Perniagaan internet adalah sama sahaja dengan perniagaan offline diluar sana. Yang membezakannya ialah medium yang digunakan.
Jika perniagaan biasa memerlukan kedai, perniagaan internet juga sama, cuma kedainya berbeza. Jika berniaga di luar sana memerlukan produk, perniagaan internet juga tidak terlepas daripadanya.
Cuma yang menariknya, perniagaan internet tidak memerlukan masa yang lama untuk membinanya. Berikut saya sertakan beberapa perkara mengenai perniagaan internet;
1. Kos permulaan atau modal yang rendah.
2. Tidak perlukan pekerja yang ramai (anda seorang sahaja sudah cukup)
3. Tidak perlu menjaga kedai (hampir semuanya automatik).
4. Masa berkerja yang singkat dan fleksibel (tidak lebih 4 jam sehari).
5. BUKAN Pelaburan Internet seperti SWISSCASH, EA Index dan sebagainya!
6. BUKAN Skim Cepat Kaya!
7. BUKAN Pelaburan Berisiko Tinggi seperti FOREX!
8. BUKAN Multi Level Marketing (MLM) atau Sistem Pemasaran Berperingkat!
9. BUKAN Autosurf atau Randomizer!
10. BUKAN Adsense!
Apa yang menarik mengenai tentang Internet ialah, perkembangannya yang begitu pesat…lebih maju daripada mana – mana industri.
Sekarang hampir 16.9 juta pengguna yang keluar masuk melalui internet. Bayangkan betapa pesatnya perkembangan yang berlaku. Jadi sebab itulah anda perlu memulakan perniagaan internet.
Dengan teknologi yang ada, anda boleh menjual produk anda ke luar negara dengan kos yang murah!
Tanpa perlu mempunyai cawangan di sana. Tidakkah itu dinamakan perniagaaan global? Perniagaan konvensional pun tidak mempunyai peluang sebegini. Jadi jangan sesekali memandang rendah perniagaan internet.
Melalui perniagaan internet, anda boleh berniaga 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun!
Tiada yang lebih hebat daripada itu!
Ini saya sediakan 5 Cara Buat Duit Di Internet:
Sebenarnya terdapat berpuluh – puluh cara untuk buat duit di internet, tetapi lebih mudah jika hanya fokuskan kepada 5 cara sahaja. Kerana 5 cara tersebut adalah cara paling mudah, ringkas, kurang berisiko tetapi mampu memperolehi keuntungan yang lumayan.
1. Menjual produk fizikal
2. Menjual produk digital
3. Menjual produk affiliate
4. Menjual perkhidmatan
5. Menjual ruang pengiklanan
#1 – Menjual Produk Fizikal
Apakah yang dimaksudkan dengan produk fizikal? Produk fizikal adalah produk yang boleh dipegang dan disentuh. Produk zahir. Contohnya seperti jam tangan, bunga, kasut, seluar dan sebagainya.
Produk fizikal boleh dijual menerusi laman web kedai online anda sendiri ataupun menggunakan laman web pihak ketiga seperti Ebay.com.my. Mudah.my dan Lelong.com.my.
#2 – Menjual Produk Digital
Produk digital adalah produk maya. Produk digital biasanya produk yang berbentuk ebook, audio dan video. Produk yang mudah untuk dimuat turun seperti ringtone, lagu, video klip dan sebagainya.
Kebiasaannya produk digital adalah produk dalam bentuk informasi dan hiburan. Pelanggan biasanya dengan mudah boleh memuat turun daripada laman web penjual.
Contoh laman web yang menjual produk digital –> www.iTunes.com
#3 – Menjual Produk Affiliate
Apakah maksud affiliate? Affiliate atau lebih dikenali sebagai agen. Maksudnya untuk menjual produk affiliate, anda perlu mendaftar sebagai agen. Berita baiknya, jika anda tidak tahu untuk menghasilkan produk sendiri, saya sarankan anda mulakan dengan produk affiliate.
Menjual produk affiliate sama dengan menjual produk orang lain. Anda hanya ambil keuntungan daripada komisen jualan anda. Tidak perlu mencipta produk, tidak perlu membina laman web dan tidak perlu melayan kerenah pelanggan anda!
Terdapat beribu–ribu produk affiliate yang ada di pasaran. Jika anda berminat untuk menjual di pasaran antarabangsa, anda boleh mulakan dengan Clickbank. Terdapat beribu – ribu produk digital yang terdapat di dalamnya.
Tetapi jika anda hanya memfokuskan pada pasaran tempatan, anda boleh menyertai forum usahawan internet seperti Wang Cyber. Kebanyakan Internet Marketer (IM) tempatan membuat pelancaran produk terbaru mereka di forum tersebut.
Ini adalah cara terbaik untuk anda mengenali komuniti usahawan internet. Anda boleh jumpa ramai pakar IM di sana. Saya juga ada di sana!
#4 – Menjual Perkhidmatan
Selain menjual produk fizikal, digital dan affiliate. Anda juga boleh memilih untuk menjual perkhidmatan di internet. Contoh–contoh perkhidmatan di internet ialah seperti perkhidmatan membuat rekaan grafik, perkhidmatan menjahit baju, perkhidmatan teksi, perkhidmatan menghantar barang dan sebagainya.
Jika anda mempunyai idea untuk menjual perkhidmatan anda, internet adalah cara terbaik untuk mempromosikan perkhidmatan anda.
Untuk pasaran internet tempatan, antara laman web perkhidmatan yang popular ialah VirtualNiaga.com
Psst… Saya juga ada sediakan perkhidmatan bina laman blog dan blogshop seperti ini (kalau anda berminat boleh contact saya ye)
#5 – Menjual Ruang Pengiklanan
Menjual ruang pengiklanan biasanya dilakukan oleh tuan punya laman web atau blog. Jika anda mempunyai laman web yang mempunyai trafik yang tinggi, adalah disarankan anda untuk menjual ruang pengiklanan.
Lebih tinggi trafik ke laman web anda, lebih tinggi harga yang anda boleh jual. Biasanya ruang pengiklanan yang dijual adalah dalam bentuk banner.
Begitulah antara cara-cara popular buat duit di Internet yang lazimnya dilakukan oleh usahawan dan blogger di Malaysia. Selamat mencuba.



















Aku nak sangat belajar bab clickbank ni tapi still blur lagi..
Jai recently posted..Live Streaming Malaysia vs Indonesia 17 November 2011 Sukan Sea 2011
sekarang ni aku hanya mampu untuk letak iklan je.yang lain masih tak terlintas untuk mencubanya.Insya Allah boleh cuba nanti

Pacifista recently posted..Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…
Salam Jai, boleh cuba daftar dulu di Clickbank (free je). Then boleh study sikit dari Mr Google. Youtube. Kalau nak cepat, belajar dari pakar clickbank macam saya bagitau ni.
Pacifista, boleh cuba pelan-pelan. Ni peluang kita untuk buat duit dalm USD. Syok ooo…
alamonline recently posted..Tips Buat Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF Ambilan Jan 2012
assalamualaikum dan salam kenal..baru perasan bro add aku kat FB.

aku pun dah mula nampak yang affliate boleh jana pendapatan sikit dari klik klik link tu..boleh cadang sikit, yg mana mudah nk diapply di blog pada peringkat permulaan ini selain affliate..sebab blog aku ni tak nk nampak serabut dgn iklan cuma nk cari ilmu dulu sebelum buat network baru mungkin..
syahrilhafiz recently posted..Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
salam syahrilhafiz, saya cadangkan bro buat niche blog. blog peribadi tu biarlah untuk peribadi2 je.. cthnya setup blog niche kesihatan, kat sana boleh pomote ebook clickbank yg berkaitan kesihatan. lepas tu join CPA, PPS dari markethealth atau moreniche.. masyuk jugak tu. ada macam2 lagi niche yang banyak permintaan macam niche cinta, kerjaya, games, teknologi dll.. cubalah.
alamonline recently posted..Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali