5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Dari Blog Ini:

Delivered by FeedBurner

Ini merupakan 5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan berpandukan kepada Prinsip ‘law of attraction’ iaitu apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.

1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif.

Tak percaya? lihat contoh ini..

Anda kata “aku mahu isteri yang cantik” tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda “aku tak hensem, mana layak..”. Jika minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya “aku selalu gagal dalam bisnes internet” gunakan affirmations seperti berikut “aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan”.

2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari.

Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini “aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan” ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda.

Jika anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.

Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda “aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri. Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati.”

5. Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya.

Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

Begitulah 5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan.

Ini sedikit info tambahan tentang ilmu Law Of Attraction yang saya jumpa di forum WangCyber yang dikongsi oleh seorang forumer di sana yang bernama shueqry. Disalin tanpa edit.

Ada beberapa tips untuk afirmasi, pertama sekali jangan lebih
dari tiga afirmasi dalam satu-satu masa, sebab minda separa
sedar dah tak leh tumpu bila lebih daripada tiga afirmasi.

Kedua, tulis afirmasi kita tu di atas kertas, supaya minda separa
sedar dapat menangkap apa yang kita tulis melalui deria visual.
Lebih ngam kalau tulis di waktu malam atau di kalau santai,
sebab minda separa sedar berada di tahap gelombang alfa dan
ia menjadi lebih peka saat itu. Lebih ok lagi kalau kita buat vision board.

Ketiga, kekadang afirmasi kita bertentangan dengan yang ada
di dalam hati sebab apa yang kita afirmasikan bertentangan dengan
apa yang kita lihat di dunia sebenar. Ia memberi impak yang
negatif lalu menyebabkan minda separa sedar kita menerbitkan
energi negatif, justeru menarik situasi negatif, perkara, benda dan
fikiran negatif.

Jadi, tukar ayat afirmasi kepada “aku sedang dalam proses menarik…”,
kalau dalam ayat Inggerisnya berbunyi “i’m in the process of attracting..”

Misalnya, ucap “aku sedang dalam proses menarik kekayaan datang
padaku” atau “i’m in the process of attracting steady income”.
Contoh lain, boleh gunakan perkataan :

- i’m in the process of creating ideal relationship
- i’m in the process of becoming wealthy
- i’m in the process of growing my own business
- i’m in the process of becoming happpier
- i’m in the process of attracting BIG Adsense money!

Bila kita selalu ucap affirmasi jenis ini, terasa macam ada harapan
(hope) dan kita rasa ia sesuai dengan diri kita. It feels good.

Jika kita start feeling good, maknanya kita mengeluarkan getaran
energi positif, bila dah positif, mudah untuk kita menarik apa saja yang
kita idamkan.

Keempat, paling penting, kita kena rajin bersyukur. Lihat semua apa yang
kita ada sekarang, panjatkan kesyukuran kerana dengan rajin
bersyukur, kita dekat dengan alam semesta dan membuatkan
fikiran-fikiran negatif serta emosi negatif terhapus dari fikiran kita.

Dalam Al Quran (surah Ibrahim ayat ke 7) kita disuruh untuk rajin
bersyukur supaya ditambahkan lagi nikmat dalam hidup kita. Ayat
Al Quran ni bertepatan dengan fakta dari Wallace D. Wattles
dalam buku The Science Of Getting Rich yang menyarakan kita
supanya rajin bersyukur, sesyukur yang mungkin, sebanyak yang
mungkin dalam sehari, kalau boleh beratus kali setiap hari!



Speak Your Mind

*

     

CommentLuv badge