6 Tips Berguna Untuk Urus dan Simpan Wang Anda

6 Tips Berguna Untuk Urus dan Simpan Wang Anda

Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Dari Blog Ini:

Delivered by FeedBurner

Jika anda berhasrat untuk merancang masa depan kewangan anda, anda sebaik-baiknya belajar bagaimana untuk menjimatkan wang kerana menyimpan wang dianggap sebagai cara terpantas untuk meningkatkan kewangan anda. Namun, kebanyakan daripada kita mendapati bahawa menyimpan wang bukanlah kerja yang mudah kerana kita seringkali gagal mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian kita. Melalui artikel ini saya ingin memberikan anda beberapa tips tentang cara untuk menyimpan wang dan saya berharap tips ini dapat membantu anda.

Pertama, tetapkan tujuan anda menyimpan wang.

Letakkan matlamat anda menyimpan wang untuk jangka pendek dan jangka masa panjang. Untuk mencapai matlamat jangka pendek, ia tidaklah sukar kerana wang yang diperlukan tidak banyak. Namun, untuk tujuan jangka panjang, ia akan menjadi sedikit sukar. Anda perlu melakukan banyak perancangan dan pelaburan sebelum anda boleh mencapai matlamat jangka panjang. Selain itu, sentiasalah menulis tujuan anda setiap hari supaya anda tidak akan kehilangan fokus pada tujuan anda.

Kedua, membuat senarai semua perbelanjaan anda.

Membuat senarai perbelanjaan bulanan atau mingguan dapat membantu anda untuk lebih tahu tentang aliran wang anda. Dengan meneliti rekod perbelanjaan anda, anda akan berasa terkejut kerana anda telah membeli banyak barang yang tidak diperlukan. Buat satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dan beringatlah agar tidak membelinya lagi.

Ketiga, buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang.

Ada beberapa kebiasaan buruk yang membahayakan kesihatan dan wang anda, seperti merokok atau shopping berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk ini tidak hanya membuatkan anda lebih sihat tetapi ia juga akan membantu anda menjimatkan lebih banyak wang.

Keempat, berusaha untuk berhenti menggunakan kad kredit.

Anda akan sangat mudah untuk terlebih berbelanja apabila anda menggunakan kad kredit. Jika anda ingin menjimatkan wang, anda perlu berhenti berbelanja lebih dan cuba untuk membayar sesuatu barang dengan wang tunai. Dengan cara ini anda akan dapat mengetahui dengan jelas berapa banyak wang yang masih ada.

Kelima, bergaul dengan orang yang bijak mengurus wang.

Berkomunikasi dan berhubung dengan orang yang bijak mengurus wang dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih baik tentang bagaimana cara menyimpan dan mengurus wang. Mereka selalunya mempunyai beberapa idea yang bagus tentang bagaimana mengurangkan kos dan inilah masa untuk anda belajar daripada mereka.

Keenam, cari beberapa video/buku/ebook (contohnya yang ini) atau sertai seminar yang mengajar bagaimana untuk mengurus dan menyimpan wang. Video atau buku ini mempunyai pengetahuan yang amat berharga dimana ia akan dapat membantu memberi inspirasi kepada anda.



Comments

  1. Nasihat yang berguna…jom baca cara simpan duit gaji agar nilainya tidak dirompak oleh inflasi di:
    http://publicgold999.blogspot.com/2011/11/beli-emas-sinonim-dengan-beli-rumah_18.html

  2. alamonline says:

    Terima kasih Haryati, niaga emas ye?
    alamonline recently posted..Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2012My Profile

    • Melabur emas Public Gold (PG). Lebih untung melabur emas berbanding ‘berniaga’ sahaja. Bestnya emas PG ini, saya boleh tolong lock kan harga untuk customer di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei…Dgn perkhidmatan lock harga sahaja pun boleh generate income…alhamdulillah. Jika berminat, jemput ke blog saya http://publicgold999.blogspot.com/

Speak Your Mind

*

     

CommentLuv badge