
Apabila tamat saja belajar di sekolah, ramai pelajar mula tercari-cari bidang kerjaya yang sesuai untuk mereka. Jika anda salah seorang yang sedang menghadapi dilema memilih kerjaya, apa kata anda mempertimbangkan kerjaya jururawat sebagai pekerjaan anda?
Jururawat membangunkan dan melaksanakan pelan penjagaan dan bekerjasama dengan pesakit, keluarga pesakit, dan lain-lain professional penjagaan kesihatan. Jururawat membantu menyelaraskan penjagaan pesakit yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan seperti terapi fizikal, pengamal perubatan, pekerja sosial, dan pakar diet. Jururawat sering bertindak sebagai peguam bela pesakit. Itu sebahagian dari tugas umum seorang jururawat.
Kerjaya jururawat juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Disini disenaraikan beberapa kelebihan kerjaya sebagai jururawat:
1. Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan.
2. Peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif.
3. Jururawat juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi.
4. Profession kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek yang sangat cerah, bukan sahaja di negara kita, malah di negara-negara luar seperti di Timur Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di negara mereka dengan gaji yang lumayan.
5. Pasaran kerja yang sentiasa ada. Tidak seperti profesion lain, kerjaya jururawat sangat diperlukan sepanjang masa. Mereka boleh bertugas sama ada di rumah pesakit, bekerja di klinik kesihatan, hospital swasta atau hospital kerajaan. Jika anda terpaksa berpindah ke tempat baru mengikut keluarga anda sekalipun, anda akan dengan mudahnya mendapatkan kerja di tempat baru tersebut.
6. Kerjaya yang selamat walaupun ketika dilanda kemelesetan ekonomi atau konflik politik di sesebuah negara. Anda tak perlu risau kena buang kerja.
7. Anda boleh pilih bidang pengkhususan yang anda mahu apabila bekerja sebagai jururawat. Misalnya, anda nak jadi jururawat specialist pathologist yang hanya merawat penyakit berkaitan tisu dan darah. Terdapat banyak bidang pengkhususan dalam kerjaya jururawat, anda pasti tidak bosan dengan profession ini.
Masalah kekurangan jururawat
Namun kekurangan jururawat masa kini merupakan satu peluang yang terbuka luas untuk anda mengisi kekosongan tersebut. Tetapi persoalannya, adakah panduan yang lengkap untuk membantu mereka yang mengidamkan pekerjaan sebagai jururawat?
Ya, ada. Saya ingin memperkenalkan anda sebuah panduan yang membongkar rahsia bagaimana anda boleh menjawat jawatan sebagai jururawat kerajaan mahu pun swasta iaitu ebook KERJAYA JURURAWAT.
Panduan ini ditulis oleh seorang pegawai yang bekerja di Jabatan Kesihatan iaitu dikenali sebagai Ikhwan Muslimin. Ianya ditulis adalah bertujuan memberikan panduan yang lengkap kepada pemohon yang masih tercari cari maklumat apakah yang diperlukan seseorang yang menginginkan kerjaya jururawat.

Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat
Panduan Kerjaya Jururawat mengandungi 6 Modul iaitu:
Modul Pertama : Panduan Kerjaya Jururawat
Modul Kedua : Permohonan Bagi Lepasan SPM
Modul Ketiga : Permohonan Bagi Lepasan Diploma
Modul Ke Empat : Panduan Lengkap Temuduga
Modul Kelima : Panduan Penulisan Resume Jururawat
Modul Enam : Soalan Lazim Temuduga Jururawat
Dan Modul Bonus iaitu
Cara Memohon Kerja Di Hospital Swasta dengan Mudah
Siapa yang patut mendapatkan Panduan ini?
• Pelajar Lepasan SPM
• Pelajar Lepasan Diploma Kejururawatan dari Kolej Swasta
• Jururawat Swasta yang mahu mendapat tempat di hospital Kerajaan
• Jururawat Kerajaan yang mahu mendapat tempat di hospital Swasta
Kini semuanya ditangan anda, samaada ingin mengambil peluang menjadi jururawat ataupun membiarkannya orang lain dapat menggapai peluang yang tersedia didepan mata anda.















terbaik panduan jururawat ni
Terima kasih bro John Jimat (Terbakor.com) sebab sudi singgah di blog ini. Ini panduan kerjaya jururawat paling lengkap dan terbaik yang ada setakat ini.
alamonline recently posted..Senarai Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2012
nak jadi jururawat la plak sekarang..
titan recently posted..Gua baru balik dari Sarawak