Amalan Sunat Di Bulan Muharram (Puasa 10 Muharram)

Amalan Sunat Di Bulan Muharram (Puasa 10 Muharram)

Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Dari Blog Ini:

Delivered by FeedBurner

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan  tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting bulan Muharram:

1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Antara amalan yang sunat dilakukan pada bulan Muharram ialah:

1. Berpuasa.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram / 6 Disember 2011)

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.

2. Memuliakan fakir miskin.

3. Menahan marah.

4. Menunjukkan orang sesat.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.

6. Bersedekah.

7. Memelihara kehormatan diri.

8. Mandi Sunat.

Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.

11. Sembahyang sunat empat rakaat.

Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.

13. Menjamu orang berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Lagi bagus kalau boleh puasa sunat 9 dan 10 Muharam. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut:

Daripada Ibn Abbas r.a, “Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).

Sumber: ashtech, drmaza, greencastle

============================================================
SOAL JAWAB TENTANG AMALAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)
============================================================

Soalan:

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:

Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari ‘Asyura‘ (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha’ berkaitan ‘Asyura‘.

1. Bilakah ‘Asyura‘?

* Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.
* Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

* Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.
* Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).
* Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
* Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

* Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
* Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

* Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. (Riwayat Muslim dan Abu daud)* Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.
* Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.
* Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari ‘Asyura‘?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari ‘Asyura‘?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada.

 

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

 

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”

Wallahu A’lam

*Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre merupakan salah seorang moderator soal jawab agama iLuvislam.com. Artikel ini disunting dari blog beliau.

Sumber: iluvislam.com



Speak Your Mind

*

     

CommentLuv badge