Pengenalan
Bisul merupakan satu jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang, belakang bahagian leher, pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak. Kelompok bisul dipanggil pekung (carbuncles) tetapi perubahan pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku kepada kanak-kanak.
Apa Penyebab Bisul?
Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.
Siapakah Yang Berisiko Mendapat Bisul?
Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :
- Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri.
- Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
- Atopy (alahan)
- Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
- Sistem imuniti badan yang lemah seperti pembawa HIV
- Kurang zat makanan
- Pesakit diabetis.
Apakah Tanda-tanda dan Gejala Bisul?
Gejala untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti:
- Nanah di bahagian tengah bisul
- Keputihan, lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut
- Kemerahan di sekeliling kulit yang dijangkiti
- Biasanya di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.
Bagaimanakah Mendiagnosa Bisul?
Biasanya penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya.
Bagaimanakah Merawat Bisul?
Rawatan khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain sekiranya ada. Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan khusus yang diberikan.
Rawatan termasuk :
- Anti-biotik yang bersesuaian (semasa)
- Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah
- Pemberian ubatan anti-biotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya
- Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah
Memberi pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang bahaya.
Bagaimanakah Bisul Dapat Dicegah?
- Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Menggunakan sabun antibakteria mungkin dapat menolong individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
- Elak diri dari memakai pakaian yang ketat.
- Jangan menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menyebabkan jangkitan.
- Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang pecah untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
- Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan bisul yang pecah.
- Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menekan jangkitan jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh merebakkannya ke tempat-tempat lain.
- Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan bahan yang suam selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul yang kemudiannya akan pecah dengan sendiri. Selain itu, ambilkan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan keadaan..
- Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
- Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian itu secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain.
- Teruskan penggunaan penuam yang suam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.
- Cuci tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yang terkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.
- Mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.
Elakkan dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah.
Sumber: Infosihat.gov.my
Petua Tradisional Merawat Bisul
Terdapat juga petua tradisional yang menyarankan menggunakan daun petai belalang. Nama saintifik petai belalang ni adalah Leucaena Leucocephala.
Saiz biji petai belalang agak kecil sikit berbanding dengan petai biasa. Bila petai belalang ni dah tua, buahnya akan pecah. Itulah perbezaan ketaranya dengan petai biasa. Namun begitu, baunya tetap sama. Berikut ialah cara merawat bisul menggunakan daun petai belalang:
Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis anda tu pulih. Mudah-mudahan petua ni dapat membantu anda.
Sumber dari sini.
















selalu tunggu sampai masak..lepas tu..diaakan pecah sendiri. pastu basuh..seminggu pastu..baik dahh.. tapi dalam 2-3 minggu gak la merana sekejap..
titan recently posted..Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 2
cara ni memang orang ramai buat. boleh juga ikut petua orang lama dulu guna petai. saya tak pernah cuba lagi..sekadar berkongsi ilmu.
thank you info. mohon share.
Terima kasih En Papan. Jangan lupa buat backlink ye…
Macam mana pula dengan bisul yang x pandai berhenti? Maksud saya, after sembuh sebiji, tumbuh lagi sebiji sedangkan da jumpa doktor..
trima kasih
Terima kasih.