Cari Jodoh Online – Tips Untuk Mencari Pasangan Idaman

Cari Jodoh Online – Tips Untuk Mencari Pasangan Idaman

Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Dari Blog Ini:

Delivered by FeedBurner

Kadangkala anda pasti sudah penat dengan semua temujanji atau ‘dating’ yang anda pergi sehinggalah anda berasa serik lagi untuk keluar dengan orang baru. Yang tak bestnya semua ‘dating’ tak menjadi. Anda seboleh-bolehnya mahu bertemujanji dengan seseorang yang memang ingin serius dalam perhubungan.

Teknik seperti meminta pertolongan kawan, mengurat sendiri ditempat kerja atau ketika bertembung di shopping complex dan sebagainya sudah puas digunakan, namun cinta yang dicari belum juga hadir. Sungguh mengecewakan!

Namun kini kepesatan teknologi internet telah memberi harapan baru kepada anda yang sedang mencari cinta sejati.

Cara cari jodoh secara online bukanlah suatu perkara baru, ia sudah lama dilakukan. Tetapi ia tidaklah semudah yang disangka. Anda tidak boleh terus terburu-buru untuk mendekati seseorang dan mengajaknya berjumpa. Anda perlu selidik terlebih dahulu kerana yang paling penting orang yang anda cari itu serasi dengan diri anda. Kepada anda yang ingin tahu cara untuk cari pasangan secara online, tips di bawah disediakan untuk anda.

1. Lihat pada seseorang yang mempunyai profil atau kesukaan yang lebih kurang sama seperti anda. Apabila anda berkongsi satu kegemaran yang sama dengannya keserasian anda akan meningkat. Dan itulah yang anda mahukan dalam mencari pasangan online.

2. Jangan terlalu memilih. Apabila anda cuba mencari kesempurnaan pada seseorang, anda pasti akan berasa kecewa. Tiada orang yang perfect dalam segenap aspek. Sentiasalah menetapkan standard anda pada realiti semasa ketika anda mencari pasangan secara online.

3. Daftar di web, portal atau laman sosial yang sudah established dan dipercayai. Anda boleh membuat pilihan untuk mendaftar di laman web berbayar ataupun percuma. Di Malaysia, web portal cari jodoh yang popular ialah MyJodoh.net. Kebiasaannya orang melihat web berbayar adalah lebih baik kerana mereka yang menyertainya sanggup melabur dan ini menunjukkan mereka serius untuk mencari pasangan hidup. Dan dengan web berbayar anda juga berpeluang untuk mendapatkan no telefon orang yang anda minati.

4. Anda perlu memiliki profil dan gambar yang menarik yang menunjukkan keadaan diri anda yang sebenarnya. Letakkan maklumat penting tentang pasangan yang bagaimana yang anda cari dan apa kesukaan anda. Ini akan meningkatkan kejayaan anda dalam mencari pasangan secara online.

5. Sudah tentu nasihat terbaik dalam usaha anda ini ialah jangan pernah berputus asa. Ia mungkin tidak semudah yang disangka untuk bertemu pasangan yang sesuai dan serasi tetapi percayalah jika anda berniat baik, anda pasti akan menjumpainya juga.

Pesanan saya ialah janganlah terburu-buru, banyakkan bersabar dan berdoa. Bulatkan tekad anda agar anda tidak cepat menyerah, juga tidak terpengaruh dengan kegagalan pada masa lalu. Jangan terlalu berlebih-lebihan dalam mencari calon pasangan, misalnya belum apa-apa lagi, sudah menelefon setiap hari.

Hindari sifat takabbur, meskipun anda memiliki banyak kelebihan. Jangan sampai anda membuatkan calon pasangan anda merasa inferior atau malah tidak menyukai anda. Yang terakhir, banyak-banyakkanlah membaca. Pengetahuan yang luas membuat anda tidak kehilangan topik untuk berbual dan mengenali calon pasangan anda. Paling utama adalah sentiasa ingat untuk membuatkan calon pasangan anda berasa selamat dan selesa ketika bersama anda.

Sedikit perkongsian… sahabat online saya telah memformulasikan teknik paling mudah, praktikal dan berkesan untuk memiliki calon idaman sekaligus mengurangkan keperitan anda dalam mencari teman hidup.

.

>>Klik Disini Untuk Maklumat Lanjut<<

.

P.S:    Tolong sampaikan berita penting ini kepada kenalan, ahli keluarga serta sesiapa sahaja yang anda rasakan memerlukan pasangan hidup. Terima kasih.



Comments

  1. Portaljodoh says:

    PortalJodoh.com – Laman Mencari Jodoh Anda

    Sila daftar secara Percuma!!

Speak Your Mind

*

     

CommentLuv badge