Berita

Kadar Penalti Kesalahan Lalulintas Sehingga RM2,000 Bakal Dikuatkuasakan

traffic jam KL

Orang ramai melihat kadar penalti lebih tinggi sehingga RM2,000 bagi kesalahan jalan raya, termasuk gagal mematuhi isyarat lalu lintas mampu mendisiplinkan pengguna. Pekerja swasta, Mohd Azam Dinor, 26, berkata kadar baru yang dijangka diluluskan Dewan Rakyat itu antara langkah mendisiplinkan pemandu agar mengikut had laju ditetapkan ketika di jalan raya. “Langkah ini adalah relevan kerana pemandu sentiasa berwaspada supaya tidak memandu laju sehingga mengakibatkan kemalangan. Siapa yang sanggup membayar RM2,000 semata-mata bawa kereta laju. “Lebih baik memandu mengikut had laju dan … [Read more...]

Tema Hari Kebangsaan 2012 – Janji Ditepati

bendera malaysia

‘Janji Ditepati‘ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun 2012 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai. Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit … [Read more...]

Tambang Haji 2012 Kekal RM 9,980

tambang haji

Tambang haji untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada RM9,980 seorang bagi jemaah haji kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Katanya kuota jemaah haji Malaysia juga dikekalkan pada 28,000 orang selaras dengan persetujuan pada mesyuarat tahunan bersama Kementerian Haji Arab Saudi serta kementerian dan agensi lain yang berlangsung di Jeddah, dua hari lepas. Saya juga telah mengemukakan permohonan untuk mendapat tambahan kuota bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di negara ini mengerjakan Rukun Islam kelima itu, katanya pada sidang media … [Read more...]

Universiti Limkokwing Reka Sejadah Idea Nik Aziz

sejadah_lkw

Tok Guru Nik Aziz menerima cenderamata sejadah yang direka bentuk oleh Limkokwing Universiti KOTA BHARU, Universiti Limkokwing menyerahkan 1,000 keping sejadah kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk dihadiahkan kepada beberapa buah surau dan masjid. Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu. Ia dibuat sempena majlis perasmian Kelantan Design dan Branding Exhibition. Program yang meliputi beberapa program termasuk seminar, bicara, pameran ini kerjasama antara … [Read more...]

Gas Memasak Petronas Di Depan Pintu Rumah Anda Dalam Masa Satu Jam

gas petronas

Berita gembira buat semua tukang masak termasuklah yang pakar masak maggi atau air. Kini anda tak perlu lagi keluar pergi ke kedai untuk membeli gas kerana Petronas sendiri akan menghantar gas memasak mereka ke depan pintu rumah anda dalam masa 1 jam. Ini berita rasmi dari media arus perdana. PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan ‘Servis Penghantaran Gas PETRONAS ke Rumah’ yang merupakan satu cara unik dan mudah untuk memesan gas memasak melalui talian hotline, 1-300-888-GAS(427). Servis ini sekaligus membezakan PETRONAS dengan pesaing-pesaingnya yang lain dimana ia … [Read more...]