Tips Cinta

Ilmu Memikat dan Mengorat, Nak Belajar Dari Mana?

cara memikat

Memikat, mengorat, menekel, satu perkara yang sentiasa menjadi mainan kebanyakan remaja. Ramai orang melihat perkara ini adalah mudah. Jika perkara ini benar, mari kita renungkan mengapa ramai diantara rakan-rakan anda yang berkenalan tetapi putus akhirnya jua? Ini adalah kerana ilmu untuk memikat tidak pernah diajarkan secara lengkap di sekolah atau pun universiti. Kita hanya belajar bagaimana mahu memikat hanya melalui pengalaman orang lain, cara cuba-cuba dan juga melalui media atau filem. Akhirnya, kita memutuskan untuk mengikut jejak langkah mereka dan seterusnya mengalami nasib … [Read more...]

5 Perkara Yang Patut Dilakukan Apabila Pasangan Anda Menangis

wanita menangis

Tidak semua dikalangan kita dapat mengawal emosi apabila berdepan dengan sesuatu krisis dan ia mungkin akan menyebabkan kita rasa ingin menangis sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Kaum wanita dilihat lebih cenderung untuk menangis berbanding lelaki namun ia bukan bermakna lelaki langsung tidak menangis. Apabila pasangan anda melalui saat emosi dan memperlihatkannya dengan cara menangis, apa yang anda akan lakukan? Tindakan anda ketika ini haruslah boleh mengembalikan mood mereka semula dan jangan sampai menyebabkan pasangan anda berasa lebih teruk lagi. Di bawah ini … [Read more...]

Idea & Cadangan Hadiah Harijadi Untuk Lelaki

hadiah harijadi lelaki

Hadiah harijadi adalah sesuatu yang kita selalu fikirkan apabila kita melalui hari istimewa ini dengan seseorang yang kita sayangi. Kita pasti ingin memberikan hadiah yang terbaik untuk si dia. Dalam artikel sebelum ini saya telah menyenaraikan beberapa idea hadiah harijadi untuk wanita dan nampaknya ia antara artikel yang paling popular dibaca. Ini menandakan bahawa kita sememangnya tercari-cari idea baru tentang hadiah harijadi yang menarik, unik dan kreatif. Disini saya senaraikan pula beberapa idea hadiah untuk lelaki yang anda boleh cuba. 1. Teknologi. Setiap orang sukakannya apatah … [Read more...]

6 Seni Memuji Isteri Yang Suami Perlu Tahu & Buat

suami isteri bahagia

Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya biar pun mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tidak mustahil pujian terakhir yang didengar daripada seorang isteri dari mulut suami adalah ketika mereka dalam fasa bercinta. Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi. Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji … [Read more...]

Cara Untuk Memikat Wanita Idaman – 15 Perkara Anda Perlu Tahu

who loves me

Bersama dengan seseorang yang anda sayang akan memberikan anda kekuatan dan inspirasi untuk melakukan yang terbaik dalam sesuatu perkara. Walaubagaimanapun, yang menjadi masalahnya sekarang ialah ramai lelaki di luar sana tidak tahu bagaimana untuk memikat gadis yang mereka suka. Kebanyakan kita merasakan bahawa menunggu cinta sejati datang sendiri adalah satu cara yang betul tetapi secara logiknya ia adalah sebaliknya. Jika anda mahu mencari pasangan idaman anda, anda harus berusaha mendapatkannya. Baiklah, disini disediakan beberapa tips berguna untuk memikat si dia. Sentiasalah sematkan … [Read more...]

Idea Hadiah Hari Jadi – Cadangan dan Tips Terbaik

hadiah hari jadi

Setiap daripada kita pasti melalui hari istimewa seperti harijadi. Perkara yang paling menjadi tumpuan pada hari tersebut ialah hadiah apa yang diberi kepada insan tersayang. Tidak terkecuali juga bagi seorang suami. Cadangan dan Idea Hadiah Yang Sesuai Untuk Si Isteri atau Wanita Idaman Anda 1. Barang kemas (jewelry). Semua wanita sukakannya tidak kiralah ia datang dalam apa jua bentuk. Ia sememangnya mahal dan jika anda tidak mampu, anda boleh dapatkan yang biasa tetapi biarlah tampak elegant. Barang kemas adalah salah satu hadiah yang pasti diingini oleh ramai wanita dan tiada siapa … [Read more...]

Cari Jodoh Online – Tips Untuk Mencari Pasangan Idaman

online-dating

Kadangkala anda pasti sudah penat dengan semua temujanji atau 'dating' yang anda pergi sehinggalah anda berasa serik lagi untuk keluar dengan orang baru. Yang tak bestnya semua 'dating' tak menjadi. Anda seboleh-bolehnya mahu bertemujanji dengan seseorang yang memang ingin serius dalam perhubungan. Teknik seperti meminta pertolongan kawan, mengurat sendiri ditempat kerja atau ketika bertembung di shopping complex dan sebagainya sudah puas digunakan, namun cinta yang dicari belum juga hadir. Sungguh mengecewakan! Namun kini kepesatan teknologi internet telah memberi harapan baru kepada … [Read more...]