Tips Keluarga

Cara Merangsang Minat Anak Membaca

1 (1)

Wujudkan pelbagai aktiviti bersama si manja seawal usia IBU bapa mana yang tidak bimbang, apabila melihat anak kesayangan masih lagi gagap dalam pertuturan apatah lagi sukar untuk membaca. Sedangkan rakan seusia mereka sudah bijak mengeja dan petah berkata-kata. Apabila berada dalam situasi begitu, ramai ibu bapa mengambil jalan mudah dengan ‘memeras’ anak mereka yang masih kecil untuk terus membaca dan mengeja tanpa menggunakan kaedah yang betul yang hingga akhirnya mendatangkan tekanan buat si kecil. Keupayaan dan perkembangan kanak-kanak berbeza, walaupun mereka berada di … [Read more...]

Review Ebook BabyPandaiBaca dan Bonus Majalah Pa&Ma

baby pandai baca

Ramai ibu bapa sudah mula perasan dengan kemunculan ebook BabyPandaiBaca ini di beberapa blog dan web yang mempromosikannya. Memang ramai yang dah beli dan berpuashati dengan perkongsian ilmu dan tips yang ditulis oleh Pn. Wan Sazimah Bt Wan Yaacob aka MamaHana. Kalau tak percaya, jom baca apa kata mama-mama di bawah ni... " Saya dah habis baca ebook..nice ebook...best sangat ..masa untuk mempraktikkan ilmu yg diberi untuk anak-anak saya..thanks akak..ilmu yg sangat berharga buat saya dan anak-anak.. "bonus pun bagus2..kalo dapat tambah lagi sampel flashcard yg powerpoint lagi bagus … [Read more...]

Ayah Ibu, Beri Arahan Pada Anak Pun Ada Teknik dan Seninya…

mendidik-anak

Sebagai ibu bapa, agak sulit menangani anak-anak yang susah mendengar kata. Lazimnya, apa yang diarahkan sukar dilaksanakan mengikut kemahuan ibu bapa. Malah sikap bertangguh atau membiarkan arahan yang diberi begitu sahaja menjadi amalan segelintir anak-anak ini. Tentunya senario yang berlaku memeningkan kepala malah jika tidak diatasi segera mungkin menjadi nanah yang memakan kebahagiaan sesebuah keluarga. Usah gusar kerana masih ada jalan penyelesaiannya. Berfikirlah Sebelum Bercakap Katakan anda berjanji untuk bersiar-siar dengan anak tetapi hakikatnya anda telah lewat lima belas … [Read more...]

7 Cara Meluangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-anak

bermain dengan anak

RAMAI ibu bapa mengakui mereka sibuk di pejabat sehingga tiada masa untuk bersama anak-anak. Namun berapa lama masa dihabiskan setiap hari bersama mereka? Sangat penting untuk mencipta masa berkualiti bersama anak-anak. Ini kerana mereka akan membesar sebagai remaja dan ketika ini sekiranya ibu bapa bapa menjarakkan hubungan, dikhuatiri anak-anak mula menjauhkan diri daripada mereka. Merapatkan semula hubungan kekeluargaan ini memang sesuatu yang sukar. Menurut perunding keluarga yang juga pemilik laman pendidikan www.smartparents.com.my, Zaid Mohamad, walau sesibuk mana sekalipun, … [Read more...]

18 Tips & Cara Mendidik Anak Mengerjakan Solat

anak sembahyang

1. Fokuskan minda anak pada ibadat solat sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Beritahu anak baik-baik yang solat itu orang Islam wajib kerjakan. Sebagai kanak-kanak mereka kena berlatih supaya mudah bila sampai masanya nanti. 2. Jangan paksa anak, tapi dorong dan tanamkan dalam jiwa dan mindanya. 3. Hantar ke sekolah tadika atau KAFA untuk anak fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dan lain-lain. Kalau banyak masa, mengajar sendiri lebih afdhal. 4. Ajar dan perhatikan cara anak berwudhu'. Begitu juga lafaz niat. 5. Beritahu anak kita … [Read more...]

6 Seni Memuji Anak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu & Praktikkan

anak kecil comel

Entry sebelum ini saya ada menyentuh tentang cara memuji isteri yang praktikal. Kali ini pula saya coretkan pula tips dan panduan memuji anak. Memuji anak adalah suatu seni. Keberkesanan pujian bukan hanya ditentukan oleh cara kita memuji, tetapi juga dipengaruhi oleh karakter anak dalam bertindakbalas terhadap pujian. Ada anak-anak yang dipuji sedikit sudah langsung bersemangat. Ada anak yang memerlukan lebih banyak pujian supaya bersemangat. Tetapi, ada juga anak-anak yang justeru jadi tidak bersemangat apabila terlalu banyak menerima pujian. Berikut ini disenaraikan beberapa tips … [Read more...]

50 Perkara Menandakan Anak Anda Cerdas

baby_reading

Dapatkan lebih banyak TIP IBU BAPA & TIP KELUARGA di blog AyahMama.com Mempunyai anak yang pintar dan cerdas adalah impian semua ibu bapa. Kita sebenarnya boleh melatih kecerdasan anak-anak sejak dari mereka kecil melalui aktiviti seharian ketika bersama mereka. Berikut saya senaraikan 50 perkara dan aktiviti yang menandakan anak anda seorang yang cerdas. Artikel ini dipetik dari Majalah Pa&Ma 2011 atas tujuan ingin berkongsi ilmu berguna bersama pembaca blog ini: 1. Kenal Wajah Anda - Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya. 2. … [Read more...]