Tips Motivasi

Badminton Terbuka Malaysia 2012 – Lee Chong Wei Muncul Juara & 6 Rahsia Kejayaan

chong wei2

Datuk Lee Chong Wei baru sahaja memenangi kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2012 petang tadi dan ia adalah buat kali kelapan beliau melakukannya. Tahniah diucapkan atas prestasi konsisten beliau selepas berjaya menjuarai Terbuka Korea 2012 sebelum ini. Tahun 2012 nampaknya dimulakan dengan begitu baik sekali. Itulah yang diperlukan oleh semua atlit dan wirawan sukan negara. Kejayaan diperingkat awal akan mendorong dan mampu membakar semangat untuk meraih kejayaan yang lebih besar. Lee Chong Wei menerima piala dan wang tunai bernilai US$30,000 (RM93,990). Lumayan bukan! Perjalanan Lee … [Read more...]

Teknik Berkesan Untuk Pastikan Azam Tahun Baru Tercapai

azam tahun baru

"Azam aku tahun 2012 ni nak sambung azam tahun lepas," kata Mamat kepada Salman. "Kenapa azam tahun lepas kau tak tercapai?" tanya Salman sambil memegang janggutnya yang panjang seinci. "Entahlah, tindakan aku tak sama macam perancangan aku agaknya," jawab Mamat. "Aku rasa kau tak guna teknik SMART kot," Salman cuba mengagak puncanya. "Teknik SMART? Apakah bendanya tu?" soal Mamat dengan mata terkebil-kebil. Nak tahu apakah teknik SMART? Mungkin ada di antara kita yang dah tahu tentang teknik ini. Ia adalah salah satu teknik berkesan untuk pastikan azam atau matlamat kita tercapai. Jom … [Read more...]

7 Ciri Positif Orang Berjaya & Cerita Berkaitan

positif-negatif

1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha. Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai. Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain … [Read more...]

Cara Untuk Kekal Bermotivasi Setiap Hari

tips motivasi

Baiklah saya mulakan dari selepas kita bangun tidur di pagi hari. 1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur. Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin. 2. Solat Subuh, baca Al-Quran dan Zikrullah Mulakan hari kita dengan ibadah ini. Kita bersihkan hati. Apabila bangun dari tidur terus ke bilik air dan bersihkan badan. Ambil wudhuk dengan tertib dan bayangkan wudhuk tadi akan MEMBERSIHkan diri anda. Dirikan Solat Subuh dengan keadaan yang sedar dan bertenaga. Mulakan … [Read more...]

62 Mutiara Kata Penuh Hikmah Sebagai Renungan Harian

doa

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. 4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. 5. Hati yg terluka umpama besi … [Read more...]