Tips Perkahwinan

Review Ebook Malam Pertama Pengantin

Perkahwinan Ashraf Muslim dan Dr Dayana Tahun Lepas

Bila tiba saja malam Jumaat, ramai yang akan mula berjenaka tentang malam itu. Apatah lagi jika pasangan itu baru berkahwin. Pasti ada yang ingin mengusik. Anda dah berkahwin atau bakal berkahwin dalam jangka masa terdekat? Kepada bakal pengantin, selain membuat perancangan perkahwinan yang sempurna, satu lagi persiapan paling penting ialah malam pertama anda. Sudahkah anda menuntut ilmu yang secukupnya untuk menghadapi malam pertama anda bergelar isteri atau suami orang? Ada yang takut, ada yang nervous, gugup dan ada yang seronok. Tapi jangan tipulah anda tak seronok, saya yakin … [Read more...]

Siapa Lagi Nak Kahwin Tapi Belum Buat Persediaan Lengkap?

ayu raudhah kahwin

Saya masih ingat lagi masa sebelum kahwin dulu. Beberapa bulan sebelum hari perkahwinan, ada banyak persiapan kena dibuat. Maklumlah pertama kali kahwin, banyak perkara yang saya tak tahu dan perlu diambil tahu. Tanya orang itu, tanya orang ini. Agak tak terurus jugaklah masa tu nak buat persediaan. Nak lantik wedding planner confirm mahal. Anda pula bagaimana? Adakah anda dalam perancangan untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat? Jika ya, pasti kini anda sedang menghitung hari untuk disatukan bersama si dia bukan? Bagaimana dengan persiapan perkahwinan anda? Pergi kursus … [Read more...]

Koleksi Idea Hadiah Kahwin Yang Lain Dari Yang Lain?

hadiah kahwin

Hujung tahun tak sah kalau tidak ada kenduri kahwin. Kenduri kahwin zaman sekarang dah lain. Tak perlu tunggu cuti sekolah untuk buat kenduri kahwin. Hari biasa atau hari kerja pun ada orang buat kenduri terutamanya di sebelah malam. Sebagai tetamu yang dijemput, kita pastinya perlu bersedia dengan hadiah untuk pengantin lebih-lebih lagi jika yang berkahwin itu adalah teman baik anda. Tapi yang agak memeningkan kita sebagai tetamu ialah hadiah apa nak diberi. Takkan asyik hadiah yang sama saja iaitu set pinggan mangkuk. Ini hadiah kahwin paling popular yang selalu orang bagi. Nak bagi … [Read more...]

Idea & Cadangan Hadiah Harijadi Untuk Lelaki

hadiah harijadi lelaki

Hadiah harijadi adalah sesuatu yang kita selalu fikirkan apabila kita melalui hari istimewa ini dengan seseorang yang kita sayangi. Kita pasti ingin memberikan hadiah yang terbaik untuk si dia. Dalam artikel sebelum ini saya telah menyenaraikan beberapa idea hadiah harijadi untuk wanita dan nampaknya ia antara artikel yang paling popular dibaca. Ini menandakan bahawa kita sememangnya tercari-cari idea baru tentang hadiah harijadi yang menarik, unik dan kreatif. Disini saya senaraikan pula beberapa idea hadiah untuk lelaki yang anda boleh cuba. 1. Teknologi. Setiap orang sukakannya apatah … [Read more...]

Akad Nikah Di Masjid Ada Adab & Pantang Larangnya

akad nikah tomok

Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting dalam menentukan keberkatan dalam kehidupan suami isteri. Kita bersyukur kerana sudah menjadi trend pada hari ini, upacara perkahwinan dilakukan di dalam masjid. Tujuannya sudah tentu untuk keberkatan. Memang masjid tempat yang paling sesuai untuk upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat. Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa. Itulah erti keberkatan. Tetapi dalam keghairahan mereka menggunakan kemudahan rumah Allah ini, mereka lupa … [Read more...]

Hubungan Intim dan 8 Kebaikan Untuk Wanita

suami-isteri

Sesetengah orang atau masyarakat tertentu mengatakan ada 1001 sebab mengapa wanita harus bersedia untuk sering berhubungan intim bersama suami. Beberapa perkara positif dapat dikesan hasil daripada berhubungan intim ini, antaranya adalah dapat meningkatkan mood, mempengaruhi keindahan kulit dan penampilan lebih menarik selain kepuasan secara fisik.  Namun mengikut kajian daripada pakar-pakar  kecantikan,  ada 8 kebaikan yang diperoleh khusus untuk wanita (isteri) apabila melakukan hubungan intim bersama suaminya. Manfaat yang dimaksudkan ialah: 1. Membuat Wanita Lebih Cantik Hal ini … [Read more...]

Idea Hadiah Hari Jadi – Cadangan dan Tips Terbaik

hadiah hari jadi

Setiap daripada kita pasti melalui hari istimewa seperti harijadi. Perkara yang paling menjadi tumpuan pada hari tersebut ialah hadiah apa yang diberi kepada insan tersayang. Tidak terkecuali juga bagi seorang suami. Cadangan dan Idea Hadiah Yang Sesuai Untuk Si Isteri atau Wanita Idaman Anda 1. Barang kemas (jewelry). Semua wanita sukakannya tidak kiralah ia datang dalam apa jua bentuk. Ia sememangnya mahal dan jika anda tidak mampu, anda boleh dapatkan yang biasa tetapi biarlah tampak elegant. Barang kemas adalah salah satu hadiah yang pasti diingini oleh ramai wanita dan tiada siapa … [Read more...]