Hadiah Untuk Ibu Bapa : Apa Yang Sesuai?

Hadiah Untuk Ibu Bapa : Apa Yang Sesuai?

Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Dari Blog Ini:

Delivered by FeedBurner

hadiah ibu
Tarikh Hari Ibu 2012 ialah 13 Mei ini. Sebagai anak mungkin kali ini kita merancang untuk memberikan mereka hadiah sebagai mengenang jasa mereka melahir dan menjaga kita. Selain doa yang kita titipkan setiap hari buat mereka, hadiah dalam bentuk fizikal juga mampu membuatkan mereka tersenyum gembira.

Kita mungkin jarang memberikan hadiah buat ibu atau bapa kita. Kita lebih terbiasa memberi hadiah kepada pasangan kita atau seseorang yang kita sayang (baca awek, pakwe, kekasih). Untuk ibu bapa, memang ada yang beri tapi mungkin tidak ramai.

Apa kata kali ini kita sama-sama menyimpan hajat untuk menghadiahkan sesuatu kepada ibu (sempena Hari Ibu) atau bapa (jika harijadinya) kita.

Anda nakkan beberapa idea untuk hadiah kepada ibu atau bapa anda? Mari saya kongsikan apa yang terlintas di fikiran saya ketika ini.

1. Buku/bahan bacaan kesukaan mereka (mungkin novel)

2. Buku atau kitab agama

3. CD masakan seperti CD kek coklat ini boleh membantu mengisi masa lapang ibu anda yang suka memasak atau pun boleh menggalakkan ibu anda berniaga kek coklat yang sedap :D

4. Al-Quran Digital Read Pen. Teknologi terkini untuk membantu kita membaca Al-Quran dengan cara dan teknik yang betul. Ada 4, 5 bacaan Al-Quran dari Imam besar Mekah seperti Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-Matrud. Ibu bapa anda pasti berterima kasih kepada anda.

5. Pakaian, baju seperti jubah, blouse, tudung yang mengikut fesyen terkini sesuai dengan umur ibu anda.

6. Produk kesihatan yang berunsurkan supplement, bagus untuk menjaga kesihatan dan menghindari penyakit kronik.

7. Jika ibu suka menjahit, berilah peralatan menjahit

8. Jika ibu atau bapa suka gardening, berilah gardening tools

9. Pergi bercuti atau melancong bersama (pilihlah pakej terbaik dari sini). Lagi bagus kalau dapat bawa pergi umrah dan haji bersama-sama.

Oh ya, anda boleh juga cuba hadiah kreatif yang ditawarkan oleh HeartBeat. Mereka menyediakan pelbagai pilihan hadiah, ada lebih 20 jenis kategori hadiah. Lihat gambar di bawah ini dan klik untuk ke laman web mereka.

heartbeat

Yang lebih menarik lagi ialah HeartBeat menawarkan voucher code bersempena Hari Ibu 2012 untuk hadiah Photo Gifts. Promosi akan berakhir pada 31 Mei 2012. Diskaun yang diberi ialah 30%. Banyak tu..

Copy voucher code ini: MUM2012 . Layari laman web mereka dan masukkan code ini semasa order.

Walau apa pun hadiah yang anda cadang untuk beri, pertimbangkan dulu minat mereka. Adakah sesuai atau tidak. Sebaik-baiknya berikan hadiah yang sesuai dengan hobi mereka. Takkan nak bagi teddy bear pulak. Memang tak kena gayalah.

Selamat hari ibu untuk semua ibu dan bakal ibu.

p.s: Jika anda idea hadiah yang lebih bernas, sila komen di bawah ini ya.



Speak Your Mind

*

     

CommentLuv badge