Ibarat Berwuduk Dengan Nanah dan Darah Babi

Ibarat Berwuduk Dengan Nanah dan Darah Babi

Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Dari Blog Ini:

Delivered by FeedBurner

Rasulullah S.A.W menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan dakwah. Antaranya pendekatan menegah melalui perumpamaan. Dalam konteks ini, Rasulullah S.A.W tidak menyatakan ‘tidak’ atau ‘jangan’, sebaliknya menggunakan analogi yang begitu mudah difahami. Perhatikan sabda Rasulullah S.A.W ini yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang bermain dadu (iaitu berjudi) lalu melakukan solat adalah seperti orang yang berwuduk dengan nanah dan darah babi lalu menunaikan solat”. Riwayat al-Baihaqi no. 21481

Menurut Ahmad dan Abu Ya’la, “Maksud hadis ini adalah tidak diterima solat mereka. Mereka berangan-angan bahawa Allah akan menerima solat tersebut.”

Ternyata meleset sama sekali sangkaan mereka. Betapa hinanya orang yang berjudi hingga Rasulullah mengumpamakan demikian.



Speak Your Mind

*

     

CommentLuv badge