
Setiap daripada kita pasti melalui hari istimewa seperti harijadi. Perkara yang paling menjadi tumpuan pada hari tersebut ialah hadiah apa yang diberi kepada insan tersayang. Tidak terkecuali juga bagi seorang suami.
Cadangan dan Idea Hadiah Yang Sesuai Untuk Si Isteri atau Wanita Idaman Anda
1. Barang kemas (jewelry). Semua wanita sukakannya tidak kiralah ia datang dalam apa jua bentuk. Ia sememangnya mahal dan jika anda tidak mampu, anda boleh dapatkan yang biasa tetapi biarlah tampak elegant. Barang kemas adalah salah satu hadiah yang pasti diingini oleh ramai wanita dan tiada siapa yang mampu menolaknya.
2. Membeli-belah. Ini adalah satu lagi idea hadiah hari jadi isteri yang bijak kerana ramai wanita menyukai aktiviti ini. Anda mungkin mahu memberikan sesuatu hadiah dengan mendapatkan sesuatu barang yang mereka inginkan sejak sekian lama.
3. Sesuatu yang peribadi dan kreatif. Jika anda mempunyai kebolehan tersendiri, maka anda boleh cuba untuk membuat beberapa hadiah untuk isteri atau wanita idaman anda. Anda boleh menghasilkan beberapa mesej peribadi kepadanya seperti kata-kata yang menyentuh hati untuk dia benar-benar merasai jatuh cinta dengan anda.
4. Memberikan beberapa peralatan baru untuk kegunaan si dia di rumah. Ini adalah suatu alat yang dapat digunakan sepanjang tahun.
5. Mendapatkan alat teknologi (gadget) terkini untuk si isteri atau wanita idaman anda. Teknologi sentiasa diperlukan pada masa kini. Ia akan menjadi satu idea yang baik dengan membelikan telefon bimbit baru atau mungkin komputer riba (ipad) kepadanya.
6. Hadiahkan sebuah percutian ke destinasi menarik yang diingini oleh si dia.
7. Hadiahkan sebuah makan malam yang indah dan boleh diingati oleh si dia sepanjang hayatnya. Macam candle light dinner yang selalu kita tonton dalam movie tu.
8. Pilihan idea lain untuk hadiah hari lahir wanita adalah dengan memberi hadiah seperti:
- bunga kegemarannya,
- sebuah potret wajahnya,
- CD muzik penyanyi kegemarannya,
- puisi cinta,
- buku kegemarannya,
- urutan dan spa,
- kasut, beg tangan, jam tangan
- perfume dan
- makanan kegemarannya (sepeti kek, cup cakes atau coklat).
Perkara Yang Perlu Dititikberatkan Mengenai Hadiah Harijadi
Sang lelaki atau para suami perlu memberikan perhatian berikut apabila membeliĀ hadiah hari jadi:
1. Membeli mengikut kepada kemampuan bajet anda.
2. Hanya membeli barang yang diinginkan oleh isteri atau wanita idaman anda, supaya hadiah itu tidak membazir.
3. Beli hadiah yang sepadan dengan personaliti dan gaya si isteri atau wanita idaman anda.
4. Jangan membeli sesuatu yang aneh atau pelik bagi si dia.
5. Bersabar dalam membuat keputusan kerana ia benar-benar boleh meletihkan dan mengambil masa yang agak lama.
p.s: Boleh juga bagi hadiah teddy bear cute macam kat dalam gambar di bawah. Belian secara online disediakan. Khidmat penghantaran juga akan diuruskan.
p.p.s: Atau boleh cuba sesuatu yang kreatif seperti di bawah:
Hadiah Kreatif Seperti Ini Boleh Ditempah Online DISINI
Bukan itu saja, malah terdapat pelbagai pilihan hadiah dari lebih 20 jenis kategori hadiah. Lihat kategori gambar di bawah ini dan klik untuk ke laman web mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

















beri ilmu melalui buku-buku yg dihadiahkan…moga dgn ilmu tersebut beri manfaat utk semua.
blh cuba lihat di kedai buku-buku yang sesuai dijadikan hadiah…
layari http://www.stormreaders.net/pustakanuriman
Pustaka NurIman recently posted..Rapuh Iman Runtuh Perpaduan – Solusi 33
Terima kasih atas idea Pustaka Nuriman. Lupa pula saya nak masukkan.