
Salah satu cara mencari kerja ialah dengan menghadiri karnival kerjaya yang sentiasa diadakan dari masa ke semasa. Karnival kerjaya adalah satu platform yang sangat baik untuk anda mendapatkan pengalaman ditemuduga serta kemahiran ‘networking’.
Sedikit tips untuk berjaya dalam temuduga kerja semasa Karnival Kerjaya:
1. Selidiki latar belakang syarikat yang anda mahu mohon kerja dan kenalpasti dengan sebaik-baiknya skop pekerjaan anda.
2. Cari maklumat syarikat dan pekerjaan di Internet, perpustakaan dll. Majikan sukakan mereka yang ‘familiar’ dengan bisnes dan syarikat mereka. Ini akan menunjukkan anda betul-betul berminat untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
3. Sediakan resume kerja yang baik mengikut teknik dan skil menulis resume yang betul-betul boleh memikat bakal majikan. Bawa sebanyak mungkin salinan resume. Sertakan bersama gambar foto anda jika perlu.
4. Cipta pengenalan diri anda dalam masa satu minit yang boleh memberitahu kemahiran, matlamat, pengalaman dll. Praktikkan banyak kali sehingga anda betul-betul mahir. Karnival kerjaya biasanya akan banyak mengadakan mini temuduga dan anda perlu bersedia untuknya. Jangkakan soalan-soalan yang akan ditanya dan berlatihlah menjawabnya dengan sempurna.
5. Berpakaianlah secara kemas dan tampak profesional. Jangan pakai sandal. Bawa folder yang sesuai untuk menyimpan resume, sijil-sijil, buku nota dan pen.
6. Follow up semula syarikat selepas seminggu. Anda boleh call atau emel mereka. Ucapkan terima kasih kerana sudi menemuduga anda. Nyatakan tarikh dan lokasi temuduga anda. Cuba untuk mencari beberapa point penting dari perbualan temuduga anda yang boleh mengingatkan mereka kepada anda. Jangan lupa senyum semasa bercakap melalui telefon.
Baiklah, ini maklumat lanjut mengenai Karnival Kerjaya 2012 anjuran TM iaitu TM Career and Education Fair 2012.
Place: TM Convention Centre, Menara TM, Jalan Pantai Baharu
Date: 6 – 8 April 2012
Time: (6 April 2012; 12pm – 6pm), (7 & 8 April 2012; 10am-6pm)
Who is it for:
The general public, jobseekers
- More than 330 vacancies. Interviews on-site.
- Opportunities to enrol Diploma/Degree/Post Graduate courses at Multimedia University & Multimedia College
- Opportunities for YTM Scholarships
- Opportunities to win Internship programmes with leading industry players
- Talks by prominent industry leaders
- Bunkface appearance
- Lucky draws
- many more
Pre-registration:
For immediate entry at the Fair, visitors can pre-register at:
- www.tm.com.my > then click TM Career & Education Fair banner link to go to pre-registration microsite, or
- www.tmcareer.com.my > then click TM Career & Education Fair banner link to go to pre-registration microsite
Alternatively, visitors can also register at the Fair.
What are the jobs being offered:
Log on to www.tmcareer.com.my and look out for jobs labelled starting with “TM Career Fair.
Should they apply for the job online before coming to the Fair?
They can apply online or just walk in.
What to bring on that day?
CV, Resumes, Certificates etc










Follow Us