Koleksi Idea Hadiah Kahwin Yang Lain Dari Yang Lain?

Koleksi Idea Hadiah Kahwin Yang Lain Dari Yang Lain?

Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Dari Blog Ini:

Delivered by FeedBurner

Hujung tahun tak sah kalau tidak ada kenduri kahwin. Kenduri kahwin zaman sekarang dah lain. Tak perlu tunggu cuti sekolah untuk buat kenduri kahwin. Hari biasa atau hari kerja pun ada orang buat kenduri terutamanya di sebelah malam.

Sebagai tetamu yang dijemput, kita pastinya perlu bersedia dengan hadiah untuk pengantin lebih-lebih lagi jika yang berkahwin itu adalah teman baik anda. Tapi yang agak memeningkan kita sebagai tetamu ialah hadiah apa nak diberi. Takkan asyik hadiah yang sama saja iaitu set pinggan mangkuk. Ini hadiah kahwin paling popular yang selalu orang bagi.

Nak bagi hadiah yang lain daripada yang lain? Hmm, sebenarnya saya memang nak bagi idea macam tu. Tapi setelah difikirkan memang kita tak boleh lari dari hadiah-hadiah kahwin yang biasa. Apa yang kita boleh buat ialah pelbagaikan atau cari sesuatu yang unik pada hadiah tersebut. Atau boleh pilih design eksklusif dan jenama yang terkenal. Jom tengok senarai idea hadiah kahwin yang ada:

-set pinggan-mangkuk. nak yang lain dari yang lain, belilah jenama seperti corelle

-set pisau

-set cawan/gelas

-toaster roti

-oven/microwave

-periuk nasi

-set sudu/garfu

-juicer

-coffee makers

- blender

- pemanggang ajaib (yang ini unik)

- lampu tidur

- iron/seterika

- frame gambar

- gambar hiasan dinding

- gambar tulisan ayat alquran

- Al-Quran Digital Read Pen

- buku berkaitan alam rumahtangga

- jam dinding. nak yang lain dari yang lain, pilihlah jam dinding bergambar

- dvd player

- album gambar

- cadar/comforter

- dapur gas

- vacuum cleaner (saiz mini)

- coat hanger

- bekas gula, garam, rempah

- mug holder, spoon and fork holder

- Sandwich maker

- Mixer (untuk buat kek)

- Cerek elektrik

- Set tupperware

- Cermin

- Kipas meja

- Towel hose kayu berkualiti

Ada juga yang plan bagi hadiah secara berkumpulan. Ini idea bagus sebenarnya. Dengan berkongsi duit sesama rakan, bajet anda akan lebih besar dan anda boleh hadiah kahwin yang lebih grand lagi. Contohnya:

- peti sejuk

- TV LCD/LED

- mesin basuh

- kamera DSLR

- GPS

Macamana sekarang? Dah cukup ke idea-idea ni? Kalau rasa belum, mungkin anda boleh cuba hadiah kreatif seperti ini:

Maklumat lanjut mengenai hadiah kreatif ini ada di web ini.

 

Ada juga yang bagi tips, tanya dulu pengantin hadiah yang bagaimana yang mereka nak, kemudian baru pergi cari. Taklah nanti terbeli hadiah yang sama saja macam orang lain. Selain itu, untuk dapatkan idea hadiah kahwin, anda boleh pergi ke shopping complex seperti Jusco, IKEA. Lihat barang-barang yang ada di bahagian kitchenware atau elektronik. Pasti bercambah idea anda nanti.

Jika anda ada idea hadiah kahwin yang lebih bernas, sila kongsikannya di ruang komen di bawah ya.



Speak Your Mind

*

     

CommentLuv badge