Perdana Menteri mengumumkan penurunan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.
Kadar baru itu memberi manfaat kepada lebih sejuta penjaja dan peniaga kecil seluruh negara yang pada masa ini perlu membayar RM30 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM60 bagi perkongsian, setiap tahun.
Ini bermakna dalam tempoh lima tahun mereka terpaksa membayar RM150 bagi pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan RM300 bagi perniagaan perkongsian.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan jumlah bayaran kompaun pendaftaran lewat dan pembaharuan lewat lesen dikurangkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Jun sehingga 31 Disember ini.
Perdana Menteri berkata, pengumuman istimewa itu dibuat kerajaan bagi mengurangkan beban penjaja dan peniaga kecil yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
“Selain itu, kita juga mahu mengemas kini pendaftaran supaya satu skim insurans kelompok dapat disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil yang mana butiran lanjut mengenainya akan diumumkan sedikit masa lagi.
“Kita mengambil berat hal ini kerana kalau golongan ini sakit, mereka tidak ada SOCSO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), justeru akan menjadi beban kepada keluarga untuk menanggung kos hospital,” katanya.
Perdana Menteri turut mengumumkan, hal ehwal penjaja dan peniaga kecil kini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan kebajikan mereka lebih terbela.
Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil termasuk melalui bantuan pinjaman daripada bank tempatan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
“Kerajaan akan terus membantu dan membela nasib penjaja dan peniaga kecil ini dan kita harap anda semua akan terus menyokong kerajaan,” katanya.
- BERITA HARIAN















Ya tuan rugi tak register. Tapi ni lebih kepada Register Business (Enterprise). Kalu nak register Sdn Bhd (ROC) lain pulak caranya.
Saya boleh tolong kalu nak daftar syarikat. Syarikat saya di CompanyForSale.com.my
Terima kasih tuan Zul. Ada masa nanti saya lihat web tuan…
alamonline recently posted..Sarapan Pagi Dapat Kurangkan Berat Badan?