Muda-muda pun kena buat medical check up ke?

Muda-muda pun kena buat medical check up ke?

Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Dari Blog Ini:

Delivered by FeedBurner

medical-check-up

Anda remaja belia? Pedulikah anda dengan keadaan kesihatan anda sekarang? Saya nak cadangkan anda untuk buat medical check up jika anda rasa anda seorang rakyat Malaysia yang jarang berpeluh (tak bersukan lah tu), makan main bedal je apa saja (seafood, daging jadi menu utama tiap hari), jarang makan sayur dan buah, berbadan kurus atau gempal.

Buatlah medical check up sebelum usia menjengah 30 tahun sebab dikala ini kita boleh kesan dari awal masalah kesihatan yang berlaku jika ada. Bila dah dapat kesan, bolehlah kawal dan rawat dengan segera masalah tu.

Mungkin ada yang bertanya, apa perlunya pemeriksaan kesihatan sedangkan mereka berasa cukup sihat? Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.

Definisi Medical Check up atau Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan adalah kaedah untuk mengesan penyakit sebelum gejala penyakit muncul dan mengenalpasti punca sekiranya ada sebarang tanda tidak normal. Ini kerana ada banyak penyakit terutama penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kanser yang bersarang dalam diam; gejala hanya muncul apabila penyakit sudah teruk.

Saya baru selesai buat medical check up di sebuah klinik. Itu pun sebab badan dah rasa lain macam dan atas saranan doktor. Mula-mula ingat nak buat kat hospital kerajaan tapi sebab ada orang kata lambat dapat result, lama tunggu giliran, saya buat jugalah di klinik swasta. Kalau untuk masuk IPTA atau masuk kerja baru rasanya tak perlu bayar atau kalau bayar pun mungkin minima saja.

Doktor tu sebenarnya berjaya psiko saya. Katanya awak ingat awak badan kecil, kurus tak boleh kena kolestrol tinggi ke. Sepanjang pengalaman dia, dia kata ada a few remaja yang umur 24, 25 ada kolestrol tinggi, asid urik, gula tinggi dalam darah akibat tak jaga makan sebab asyik ingat badan kurus tak akan kena sakit semua tu. You are wrong! Doktor tu katalah.

Jadi dengan modal RM 100 lebih saya pun buat check up. Lepas dapat result, alhamdulillah tak ada yang teruk, semua normal cuma kena jaga makan sebab asid urik, kolestrol berada dalam tahap yang perlu dikawal.

Doktor tu kata orang cina very particular tentang check up ni. Bila dia jumpa saya (doktor tu), diorang bawa tebal-tebal punya result check up untuk reference. Bukan orang tua saja bahkan orang muda juga.

Check up ni ada pakej tertentu. Tengoklah mana yang sesuai dan minta cadangan doktor mana yang sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan semasa anda. Anda akan dapat satu kad kecil jenis darah anda. Kena simpan baik-baik sebab in case jadi apa-apa, orang boleh tahu jenis darah kita untuk didermakan (baca kemalangan). Kita akan dapat satu file dan result check up. File ni ada tulis rujukan makanan dan kalori, makanan yang disarankan dll.

check-up-gr

Sekarang remaja banyak habis masa online Internet untuk Facebook, Twitter, Youtube. Ada yang dah tak peduli untuk keluarkan peluh. Kepada yang peduli, tahniah diucapkan kerana prihatin menjaga kesihatan anda. Nikmat sihat adalah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Jagalah kesihatan anda sebaik-baiknya sebelum terlambat. Pesanan khidmat masyarakat dari blog AlamOnline.net untuk remaja Malaysia.



Comments

  1. dis says:

    selalu buat medical check up time nak masuk U dengan masuk kerja,
    so selalu akan ada borang.
    Kalau saya nak buat saja2 checkup boleh ke?
    Dah hampir 3 tahun tak pergi jumpa doc. Charge medical checkup mesti mahalkan :D

  2. alamonline says:

    Salam Dis, boleh kalau nak buat checkup walau bukan untuk masuk kerja atau U. Yang saya cerita ni saya buat untuk check tahap kesihatan semasa saya. Cajnya ok ikut pakej yang anda nak. Berbaloi untuk check di peringkat awal daripada terpaksa menanggung derita kalau dah ditimpa penyakit nanti. Mencegah kan lebih baik…
    alamonline recently posted..Tips Buat Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF Ambilan Jan 2012My Profile

Speak Your Mind

*

     

CommentLuv badge