Posisi Tidur Yang Betul – Ikut Sunnah Nabi

Posisi Tidur Yang Betul – Ikut Sunnah Nabi

Masukkan Email Anda Untuk Menerima Update Terkini Dari Blog Ini:

Delivered by FeedBurner

Bagaimana posisi ketika anda tidur? Mengiring? Meniarap? Menelentang?

Cara yang digalakkan ialah dengan membiasakan diri kita tidur di atas bahagian tubuh sebelah kanan pada awal tidur. Ini adalah sunnah Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang bermaksud, “…Kemudian berbaringlah di atas bahagian tubuh sebelah kanan.”

Elakkan daripada tidur terlungkup atau meniarap. Begitu juga dengan bayi-bayi kecil. Keadaan meniarap yang menekan perut ini akan menyebabkan paru-paru tersekat semasa bernafas. Di Amerika misalnya, pernah dilaporkan hampir 25% kematian bayi di negara itu disebabkan ibu meniarapkan tidur anaknya.

Rasulullah SAW pernah menegaskan, mafhum sabda baginda:”Sesungguhnya cara tidur seperti ini tidak disukai Allah.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Baihaqi).

Tidur di atas bahagian tubuh sebelah kiri boleh menghimpit kedudukan jantung sehingga peredaran darah terganggu, juga mengurangi aliran darah ke otak. Kelak ia akan membahayakan kesihatan jika berterusan untuk jangka waktu yang panjang.



Comments

  1. titan says:

    betul. Sejak tahu cara yang sebenar nih..memang aku teru tukar cara tidur. Memang senang bangun awal pagi..
    titan recently posted..5 hari dah aku hilang..diculik..My Profile

Speak Your Mind

*

     

CommentLuv badge