Sebut nama Pakdi pasti teringat forum BicaraJutawan.com. Forum ini antara forum paling popular yang membincangkan topik kewangan, pelaburan, perniagaan, komoditi, saham, unit trust dan lain-lain lagi. Pakdi atau nama sebenarnya Suzardi Maulan adalah pengasas dan pewakaf forum online BicaraJutawan.com yang telah membantu lebih 50,000 orang usahawan dan pelabur bumiputera di Malaysia sejak tahun 2005.
Kini saudara Suzardi menjadi penceramah kepada Bengkel atau Seminar Rancang Wang anjuran syarikat beliau sendiri. Beliau ingin membantu anda mengetahui kebaikan dan keburukan setiap produk kewangan yang ada di pasaran. Malah, anda dapat menyusun situasi kewangan peribadi melalui 7 langkah mudah.
Info Bengkel Rancang Wang Masterclass
“Buat Lebih Banyak Duit, Simpanan Berganda… Pulangan Pelaburan Yang Lumayan”
Disampaikan oleh: Suzardi Maulan {Pakdi}, Islamic Financial Planner
Tarikh: 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi – 5:30 petang
Tempat: Hotel De Palma, Ampang, Selangor
Harga: RM 890 sahaja
Pendaftaran walk-in TIDAK dibenarkan.
Antara Modul
#1 Sistem Pengurusan Kewangan yang Mudah
Sistem ini adalah checklist yang penting untuk semua orang yang serius menguruskan kewangan mereka. Sekali pandang sahaja dah dapat tahu apa yang perlu kita buat dalam situasi kewangan kita.
Jika kita tiada sistem ini maka kita akan berada dalam kegelapan. Semua tindakan kewangan kita berdasarkan agak-agak sahaja. Bukan sebab kita tahu dan cara yang betul untuk bertindak.
Sistem ini memudahkan kita.
#2 Empat (4) Kaedah Menampal Kebocoran Wang
Pelik tapi benar.
Ada sahaja perkara yang berlaku ke atas diri kita menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak belanja lebih dari biasa. Kereta rosak, rumah bocor, telefon hilang dan seterusnya. Duit habis sebab ‘kemalangan’ sebegini kerap berlaku.
Ketahui cara mengatasinya.
#3 Yang Halal-halal Sahaja
Sebagai seorang perunding kewangan Islam saya berkewajipan berkongsi dengan tuan mengenai cara-cara merancang wang dengan jalan yang halal. Justeru saya telah memastikan kesemua panduan yang diberikan adalah patuh Shariah yang bebas dari riba, judi dan gharar.
Harta mesti membantu kita masuk ke syurga.
#4 Tiga (3) Kaedah Mengurus Hutang dengan Bijak
Tuan juga dapat mengetahui 3 cara menguruskan hutang dengan bijak. 3 kaedah ini bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan hutang-hutang dengan lebih cepat malah kini tidak perlu lagi takut untuk berhutang. Malah dengan 3 kaedah asas ini kita dapat menukarkan hutang menjadi satu aset.
#5 Dua (2) Konsep Pelaburan
2 teknik pelaburan ini adalah berbeza antara satu dengan yang lain tetapi ia saling melengkapi. Kemahiran pun berbeza. Jenis pelaburan juga tidak sama.
Pelabur biasa-biasa hanya membeli ikut suka.
Pelabur bijak membeli berdasarkan objektif pelaburan tertentu.
Ketahui bagaimana tuan dapat menggandakan aset dengan bijak berdasarkan 2 konsep pelaburan ini.
#6 Winning Investment Portfolio
Tuan mempunyai sejumlah wang di tangan dan mahu ianya diuruskan dengan baik. Di Malaysia ada pelbagai peluang pelaburan, bermula dari produk mudharabah (seumpama deposit tetap) perbankan Islam yang memberikan 3% setahun, strategi indeks yang memberikan pulangan yang memberansangkan sehinggalah pelaburan sofistikated seperti crude palm oil futures (FCPO) yang ada potensi memberikan pulangan (dan kerugian) 100% dalam tempoh yang singkat.
Pelajari bagaimana tuan dapat memanfaatkan semua pelaburan ini supaya akaun bank kita bertambah ’0′ dibelakangnya semakin banyak.
#7 Strategi Pelaburan Indeks yang Beri Pulangan 50x Ganda
Sekiranya RM 10,000 dilaburkan pada 1982 berdasarkan strategi ini, maka 29 tahun kemudian ia dapat berkembang menjadi RM 509,024.82. Tuan cuma perlukan 10-15 minit seminggu dan dapat menjadi seperti seorang pelabur profesional.
Strategi ini semua orang dapat lakukannya sebab ianya tersangat lah simple.
#8 Pelabur Bijak Berdasarkan Prinsip Kewangan Nabi Yusuf as.
Ketahui bagaimana kita dapat menjadi pelabur bijak berdasarkan panduan wahyu berdasarkan prinsip yang telah terbukti berkesan sejak 3,000 tahun yang lalu. Prinsip ini kemudiannya dicatat dalam al-Quran sebagai panduan kepada kita semua sebagai umat Islam untuk merancang wang.
Prinsip kewangan Nabi Yusuf as ini adalah relevan sampai bila-bila.
#9 Dan banyak lagi…
Kehadiran anda adalah 100% tiada risiko.
Klik Disini Untuk Info Lanjut dan Pendaftaran
Latarbelakang Suzardi Maulan (Pakdi)
Saya merupakan graduan undang-undang dari Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan melengkapkan IFP Challenge Status dari Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM). Memulakan perjalanan dalam bidang kewangan bermula sejak 2004 dalam bidang saham amanah, saham dan derivatif. Akhir sekali saya merupakan penyelidik dan konsultan (Shariah) bersama Bank Islam khusus dalam bidang pembangunan produk.
Sepanjang berkhidmat dalam bidang kewangan Islam, saya telah menstrukturkan pelbagai penyelesaian patuh Shariah untuk produk deposit berstruktur, kad kredit, trade finance, unit amanah, treasury, pelaburan emas dan sebagainya. Selain itu berpengalaman dalam khidmat runding cara pembangunan produk patuh Shariah dengan sebuah bank di Sri Lanka dan organisasi mikro kredit yang terkemuka di Malaysia.
Kita mesti merancang wang dari sekarang kerana mereka yang tidak merancang pasti GAGAL. Bertindak sekarang!










Follow Us