Bulan puasa dan penjimatan. Ramai yang menyangka bila masuk bulan puasa, kita boleh berjimat. Namun, awas jika kita tidak berwaspada dan bersedia, maka segala penjimatan yang kita bayangkan itu tidak akan ke mana. Tips berjimat ini kita memang sudah agak biasa membacanya menjelang Ramadhan. Tetapi bagaimana dengan tindakan? Ramadhan sepatutnya menjadi masa untuk kita belajar berjimat dan jangan biarkan ia berlalu sama seperti bulan-bulan yang lain. Semoga kali ini tips-tips di bawah dapat membantu mengawal perbelanjaan kita sepanjang Ramadhan.
1. Masak sendiri di rumah
Ini tips yang dijamin berkesan jika anda buat terutamanya di kalangan mereka yang ada keluarga. Anda boleh masak lauk berbuka dan untuk sahur juga. Hanya perlu panaskan saja bila tiba waktu sahur.
Jika anda masih bujang dan tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawan, anda boleh berpakat mengumpulkan wang untuk membeli bahan mentah dan masak sendiri. Masing-masing boleh gilir memasak. Sudah tentu boleh jimat.
2. Jangan kerap menziarahi Bazar Ramadhan
Kadangkala anda bukanlah nak sangat membeli di Bazar Ramadhan tapi bila anda dah mulakan langkah ke sana, anda pasti terjerat untuk membeli makanan yang tak dijangka. Perut lapar, tekak kering ditambah penat berjalan, nafsu makan anda mungkin tak dapat dikawal. Maka akan berlakulah proses pembelian makanan yang tidak disangka. Oleh itu, anda sebaiknya merancang dahulu bajet dan jenis makanan yang anda ingin beli sebelum sampai ke sana. Ini dapat mengelakkan anda daripada membeli selain dari apa yang anda tetapkan.
3. Air minum buat sendiri
Kita selalu lihat ramai orang berpusu-pusu membeli air di Bazaar Ramadhan. Air tebulah, air cincau lah, air keladilah. Macam-macam jenis dan warna air boleh disenaraikan. Sebenarnya kita boleh banyak berjimat apabila kita membeli kordial atau jus yang boleh dibancuh sendiri dan pastinya stok begini cukup untuk berminggu-minggu hanya untuk minum sahaja. Ini untuk kes bila anda rasa nak minum air manis lah. Kalau tak, air masak pun dah memadai dan lebih bagus untuk kesihatan.
4. Berbuka puasa di masjid, surau
Ini tips paling berkesan dan saya letak di ranking no 1 untuk jimat duit. Anda tak perlu keluarkan langsung duit untuk juadah berbuka. Pergi saja ke masjid dan berbuka disana. Lauknya pun boleh tahan sedap. Dan anda dapat sekali pakej dengan solat fardhu berjemaah dan terawih.
Ada juga masjid atau surau yang menyediakan bubur lambuk percuma. Anda boleh buat berbuka atau bersahur. Dua kali jimat bukan.
5. Elak kerap berbuka puasa di restoran / hotel high class
Sekali sekala oklah. Tapi kalau dah selalu, mahu kering anda. Sekarang pun paling biasa caj untuk bufet ialah RM 30 – 40. Itu baru anda seorang. Kalau dah campur isteri dan anak, lagi parah duit anda. Tepuk dada, lihatlah status kewangan anda. Kalau anda mampu tidak mengapa, kalau tak mampu anda fikirlah sendiri.
6. Utamakan ibadah dan bukannya membeli tak belah-belah
Ramadhan adalah masa untuk kita lebihkan masa untuk beribadah. Untuk itu, kita harus ada persediaan awal untuk membeli pakaian, makanan dan keperluan lain untuk hari raya. Adalah bagus jika anda telah membelinya sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Janganlah biasakan dengan tabiat membeli-belah di sebelah malam di bulan puasa dimana ia adalah waktu untuk kita berterawih dan bertadarus Al-Quran.
Baiklah, cukup setakat itu. Lepas anda baca, cuba-cubalah praktikkan ok.
Anda ada tips berjimat yang lebih best? Silakan berkongsi ya!











Follow Us